Kit Siang saran Nor Mohamed letak jawatan

Kit Siang saran Nor Mohamed letak jawatan

Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran meletak jawatan atau dipecat atau digantung sekiranya Kabinet menjalankan siasatan berkaitan kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam pertukaran wang asing (Forex) pada 1990-an.

 

 Lim Kit Siang

Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran meletak jawatan atau dipecat atau digantung sekiranya Kabinet menjalankan siasatan berkaitan kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam pertukaran wang asing (Forex) pada 1990-an.

 Ini kerana Nor Mohamed adalah ketua pengendali spekulasi forex  bagi Bank Negara yang mengakibatkan kerugian yang dianggarkan RM30 bilion ketika itu..

 Desakan ini dibuat oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mana beliau berkata, bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui beliau di mahkamah semalam, memberitahunya bahawa Nor Mohamed bersubahat dalam kerugian forex Bank Negara pada awal tahun 1990-an ketika itu beliau adalah pegawai kanan Bank Negara.

“Anwar buat pendedahan sebagai Menteri Kewangan pada masa itu, Anwar telah meminta Nor meletakan jawatan tetapi beliau enggan.
 
“Malah, saya telah merujuk mengenai peranan Nor dalam kerugian Forex Bank Negara dalam ucapan saya di Parlimen mengenai isu itu pada tahun 1993 dan 1994, merujuk kepada spekulasi forex besar- besaran oleh Bank Negara dalam pasaran pertukaran asing paling tinggi RM270 bilion – tiga kali ganda daripada KDNK negara dan lebih daripada lima kali ganda rizab asing negara pada masa itu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menjelaskan, selepas 24 tahun berlalu Nor Mohamed bertanggungjawab bagi kerugian yang besar oleh Bank Negara dan bukannya dibebani kepada Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan kabinet.

Ini kerana beliau pernah mencadangkan kabinet menubuhkan Suruhajaya Siasatan DiRaja pada April 1994 lalu mengenai kerugian yang dialamai Bank Negara dalam pasaran mata wang asing Forex.

Kit Siang yang masih berpegang kepada pendiriannya mengulangi butiran percakapannya di Parlimen pada 1994 berkata, Pasukan Petugas Khas yang dibentuk kabinet itu perlu  untuk menentukan beberapa perkara.

“Sama ada kerugian forex Bank Negara sejak 1992 itu boleh melebihi RM30 bilion.

“Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa penyelewengan kewangan dan penyalahgunaan kuasa  kerana penjelasan yang tidak konsisten dan bercanggah mengenai kerugian forex.

“Bank Negara sebuah bank pusat bagaimana boleh menanggung kerugian yang amat besar itu,” ujarnya.

Kit Siang turut mempersoalkan pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas.

Katanya, kabinet tidak berani berbuat apa-apa mengenai kerugian dialami Bank Negara itu untuk mencari “ibu” segala skandal kewangan berlaku di Malaysia termasuklah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya tidak terkejut bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berani mencabar saya supaya bekerjasama dengan Pasukan Petugas Khas tetapi sebaliknya tidak berani menyahut cabaran saya – untuk melantik saya sebagai salah seorang ahli penyiasat dan memasukkan skandal 1MDB dan BMF dalam siasatan pasukan petugas khas itu,” ujarnya.

Bagi Kit Siang semangat patriotisme  semakin luntur apabila mereka bersikap acuh tidak acuh terhadap penghinaan Malaysia sebagai negara kleptokrasi kesan daripada skandal 1MDB.

TAGS