Malaysia Dateline

Kita jaga kita, Dia jaga dia saja

Kita jaga kita
Naik basikal berhati-hati
Jatuh lubang kita menderita
Silap-silap boleh mati
Basikal rosak tak ada siapa nak ganti.

Bukan macam YB Khairy
Dia jatuh sendiri-sendiri
JKR datang berlari-lari
Tak cukup kambus lubang
Minta maaf lagi
Basikal rosak terus diganti
Riuh-rendah satu negeri.

Inilah negara pipit dan enggang
Slogan peduli rakyat dijulang-julang
Tapi rakyat jelata tidak dipandang
Dewa dan dewi juga ditatang.

Ulama dan mualim sudah bisu
Jadi hamba hati dan nafsu.

Tapi mereka apa peduli
Ikut hati dilantik jadi Menteri
Ikut nafsu dilantik ke GLC
Hidup senang semua dijaga
Undang-undang negara boleh dipersenda
Agama, bangsa dan negara
Hanya cogan kata
Habuan kempen pilihan raya.

Kita jaga kita
Itulah slogan rakyat jelata.

Wallahuaklam. Terima kasih.