Kita mahu kembalikan kegemilangan penjawat awam, kata PH menjawab Najib

Bila pula Najib dilantik jadi jurucakap PH, tanya Pengarah Strategi AMANAH.

Pakatan Harapan (PH) mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya nasib penjawat awam akan menjadi suram jika PH mengambil alih negara ini.

Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, “bila pula Najib jadi jurucakap PH” apabila Najib mendakwa PH akan mengurangkan kakitangan awam.

Menurut beliau, Najib bukan sahaja telah menakut-nakutkan kaum Cina, apabila berkata negara akan huru-hara jika PH menang, kini dia cuba menakut-nakutkan penjawat awam.

“Lebih baik kalau Najib tumpu usaha menangani ketirisan dan kleptokrasi yang telah menjadi sinonim dengan Malaysia sekarang,” katanya.

Menurut beliau, Najib perlu tahu bahawa PH mahu mengembalikan kegemilangan perkhidmatan awam jika berjaya mentadbir negara ini.

DR DZULKEFLY…PH akan kurangkan keterlibatan perunding luar dan swasta.

“Kita akan mengembalikan kebebasan dan profesionalisme perkhidmatan awam dan tidak mengizinkan mereka dibawah telunjuk orang politik,” katanya

“Kita mahu benteras ‘budaya takut’ dalam birokrasi,” tambah beliau.

PH juga, katanya, mahukan kakitangan awam dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi dan pengalaman.

“Kita mahu bangunkan keupayaan dan kepakaran penjawat awam kita, memupuk kreativiti dan dayasaing serta produktiviti mereka supaya dapat kita kurangkan keterlibatan perunding luar dan swasta yang dibayar dengan kos yang tinggi,” katanya merujuk kepada tindakan pentadbiran Najib yang mengenepikan pejawat awam dengan banyak mengupah perunding dari luar.

 

 

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0