“Kita tengok cantik di Google kita terus ambil pakai” – Kieda buat permohonan maaf, tarik balik jualan jersi

Oleh MAISARAH AISYA

Ada sebab mengapa bayaran pereka grafik atau logo adalah mahal kerana bukan senang untuk buat satu rekaan lain daripada yang sudah ada di pasaran.

Tapi disebabkan satu kealpaan dan mengambil langkah senang mengambil gambar dari carian di Google boleh menyebabkan anda disaman apatah lagi jika logo tersebut berdaftar.

Tular baju yang dijual usahawan Kieda Crepe mempunyai logo berdaftar dari Ultras Pahang, Elephant Army (EA) di baju jersi yang dijualnya khas buat warga pahang.

Disebabkan itu, Kieda menerusi Facebook Khalieda Yusra membuat permohonan maaf dan menarik balik semua baju yang sudah dijual dan dihantar kepada pelanggan.

“Kita takkan lari dari masalah . Semua ni memang salah kita sebab tak research dulu tentang logo-logo lain. Yang kita tengok cantik di google kita terus ambil dan guna.

“Tapi lepas ni akan jadi pengajaran untuk Hilmi Zaki untuk lebih berhati-hati dan kami memohon maaf atas kesilapan memakai logo EA tanpa kebenaran.

“Kami menarik balik semua jualan baju kami dan akan tukarkan kepada logo yang baru. InshaAllah, amy takkan kecewakan semua pelanggan yang sokong dia,” ujarya di Facebook.

Pada masa sama Kieda juga memaafkan mereka yang menuduhnya makan duit haram dan sedar akan kekhilafan sendiri.

“Yang komen kita makan duit haram sebab gunakan logo Ea , kami maafkan dan untuk pengetahuan semua kami tarik balik baju yang kami dah buat jualan kami semalam.

Semoga Allah permudahkan , terima kasih ketua EA bekerjasama baik dengan kami. Ini pengalaman dan pengajaran baru kami

“Harap semua pelanggan yang membeli dapat bekerjasama dan amy akan cepat-cepat pos semula balik baju hampa semua,” tambahnya.

Baca juga: Tiga suspek ditahan reman, kes Albertine Leo diklasifikasi semula sebagai culik