‘Kita tidak banyak masa’

‘Kita tidak banyak masa’

 

 

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengingatkan tempoh Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) yang semakin suntuk.

“Kita tak banyak masa. Perundingan satu seni. Ada benda yang boleh ubah. Ada orang yang boleh bawa ke meja rundingan,” katanya dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Beliau menyokong pertandingan satu lawan satu pada PRU14 tetapi menegaskan perlunya wujud had dalam tempoh rundingan dengan pihak Pas.

“Saya sangat sokong satu lawan satu. Ini usaha yang mesti kita capai. Jangan Amanah jadi ‘spoiler’.

“Kami mahu beri tenaga terbaik dan meja rundingan terbaik tetapi bagi orang politik juga, kita mesti tahu ‘limit’ kita,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya Pakatan Harapan dan Bersatu praktikal dengan tempoh rundingan bersama parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“Kita mesti praktikal. Di mana negeri boleh dijadikan contoh? Di Johor, Pakatan Harapan dan Bersatu terbaik. Di Pulau Pinang, tiada masalah dan di Selangor perkukuhkan.

“Rakyat nampak Amanah, PKR, Bersatu dan DAP. Empat parti inilah yang kita bawa,” ujarnya.

Salahuddin berkata, pihaknya walau bagaimanapun tidak berdendam dengan mana-mana pihak.

“Kita bukan bermusuh, bukan berdendam. Yang penting rakyat dan negara di hadapan. Yang tinggal-tinggal, yang masuk-masuk (dalam gabungan Pakatan Harapan dan Bersatu),” ujarnya lagi.

TAGS