Malaysia Dateline

Kitab ihya’

Ada setengah المشايخ – para sheikh- mencadangkan setiap muslim perlu ada koleksi kitab “ihya’ ‘ulumudddin” (the revival of the religious sciences) di rumah mereka, ada yang habaq bagi mendapatkan keberkatan.

Kitab ihya’ ini bukan sahaja popular dalam kalangan umat Islam tetapi juga dalam kalangan orang bukan Islam. Sebab itu kitab ihya’ ini diterjemah dalam banyak bahasa khususnya di negara-negara barat.

Bagi penganut Kristian, antara sebab mereka amat tertarik dengan banyak kitab karangan hujjatul Islam Imam al-Ghazali قدس الله سره adalah kerana, bagi depa, pengalaman Imam al-ghazali seperti yang beliau ceritakan dalam kitabnya المنقذ من الضلال (deliverance from error) seolah-olah sama seperti pengalaman paderi besar depa-St Augustine – yang beliau ceritakan dalam bukunya- dalam bahasa latin- yang diterjemahkan sebagai “the Confessions”.

Bagi saya sorang-sorang lah, bila membaca atau belajaq kitab ihya’ ini dari المشايخ khususnya dalam bahasa asal, ia diibarat pembukaan minda seluas-luasnya tentang panduan cara hidup beragama yang sebenarnya.

As far as i am concerned, this magnum opus of Imam Al-Ghazali is simply extraordinary and truly amazing !

Setiap muslim perlu ada koleksi kitab “ihya’ ‘ulumudddin”