Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
KJ nafi hantar surat usul peralihan kuasa PM

KJ nafi hantar surat usul peralihan kuasa PM

Oleh BERNAMANovember 22, 2019 6:29 pm




Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini menafikan laporan kononnya beliau menghantar surat pemberitahuan kepada setiausaha Dewan Rakyat berkaitan usul berhubung tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

“Hari ini telah tular gambar kononnya suatu surat pemberitahuan daripada saya kepada Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawa serta membincangkan usul tentang tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

“Saya menafikan telah menghantar apa-apa pemberitahuan atau surat kepada pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawakan usul seperti dalam gambar yang telah disebarkan.

“Tindakan pihak yang telah menyamar dengan menggunakan nama saya adalah sangat tidak bertanggungjawab dan suatu fitnah yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Rembau dan parti Barisan Nasional,” katanya dalam laman Facebook.

Penafian yang sama turut dibuat bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam Instagram beliau dengan menyifatkan bahawa surat itu adalah palsu.

Sebuah portal bahasa Inggeris hari ini melaporkan berkaitan surat berkenaan bertarikh 20 Nov dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof ketika dihubungi portal itu tidak mengesahkan atau menafikan wujudnya usul berkenaan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production