Malaysia Dateline

KJ sindir siapa tu? – Story IG Khairy berbaur sindiran, jadi bualan

“KKM tak percaya, ubat kurus percaya”. Begitulah gambaran yang dapat diterjemahkan melalui status terbaru yang dimuatnaik di Instagram Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Tangkap layar yang berbaur sindiran dari Instagram Menteri Khairy itu tular di media sosial.

Khairy menerusi Ig story pagi tadi, memuatnaik satu gambar kartun yang membandingkan dua situasi di mana ada individu yang mengatakan sudah mula meragui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi pada masa sama masih lagi mencari ‘cop KKM’ dalam produk dan ubat-ubatan yang belum tentu selamat.

Dialog tersebut berbunyi: ‘KKM dajal. KKM tak boleh percaya. KKM menipu’

Kartun sama juga berbunyi: ‘ubat kurus terbaru, ada KKM tak?’ – ‘Mesti lah. Ada KKM baru selamat’.

KJ sindir siapa tu? - Story IG Khairy berbaur sindiran, jadi bualan

Susulan itu, orang ramai mula menyebarkan tangkap layar tersebut.

Ada yang turut menyokong gambar yang dimuatnaik oleh Khairy itu. Mereka mengenang semula situasi tahun lalu apabila rakyat Malaysia mula ‘bising’ kerana lewat dapat tarikh untuk suntikan vaksin.

Bagaimanapun, rata-rata reaksi dari netizen, mereka menganggap perumpamaan Khairy itu tidak sepatutnya begitu kerana membeli ubat kurus adalah pilihan, tetapi tentang pengambilan vaksin, ianya ibarat dipaksa.

Biarpun KKM menutup ruangan komennya di Facebook, netizen beranggapan respon Khairy itu sebagai tanda bahawa beliau sebenarnya baca kesemua komen dan kritikan orang ramai.

“Sindir sambil tengok cermin,” kata pengguna Facebook, Erwan Sahdan.

“Ubat kurus, produk kecantikan, jus minuman, berlambak kat luar tu pun KKM tak boleh banteras. Ada hati sembang,” kata Raini.