KJ tanding juga presiden Umno selain Zahid dan Ku Li

KJ tanding juga presiden Umno selain Zahid dan Ku Li

Selain Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh Hamzah, Khairy Jamaluddin
juga dijangka akan merebut jawatan presiden Umno 30 Jun ini.

Menurut sumber, Ketua Pemuda Umno itu sedang di dalam proses untuk mengemukakan kertas
pencalonannya pada hari ini yang merupakan hari terakhir untuk penyerahan.

Khairy akan menentang tokoh vateran di dalam Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau itu menyatakan bahawa beliau akan bertanding jawatan
naib presiden Umno.

Naib Presiden Umno Dr Ahmad Zahid kini mengendalikan tugas presiden berikutan peletakkan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas, adalah yang pertama mengumumkan pencalonannya untuk jawatan nombor satu itu.

Manakala Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh mengesahkan pencalonannya semasa
sidang akhbar di rumahnya di Jalan Langgak Golf di Kuala Lumpur  pada 16 Jun lalu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bahawa Khairy adalah calon terbaik untuk jawatan itu kerana Umno kini dianggap sebagai parti dalam kekacauan dan tidak ada arah dalam perjuangannya.

Bagi Dr Ahmad Zahid, ia akan menjadi percubaan pertama untuk jawatan presiden.

Seorang lagi pencabar setakat ini agak tidak diketahui – ahli perniagaan dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.

 

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES