Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
K’jaan Johor rancang misi perdagangan ke Amerika Syarikat, kata Exco

K’jaan Johor rancang misi perdagangan ke Amerika Syarikat, kata Exco

BernamaJuly 1, 2019 2:16 pm




Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu Kerajaan Negeri Johor merancang melaksanakan misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat, bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata ia bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pelabur dari negara berkenaan ke negeri ini.

“Kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha menarik pelabur dari Amerika Syarikat yang berminat untuk memindahkan operasi perniagaan mereka dari China ke negara-negara rantau Asia, terutama Malaysia, khususnya negeri Johor, berjalan positif,” katanya pada Persidangan Dun  Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang) berhubung kesan perang dagangan China-Amerika Syarikat terhadap sentimen pelaburan di Johor.

Puah berkata dalam masa sama, Kerajaan Negeri Johor yakin bahawa tiga misi dagangan ke China yang berlangsung pada Mac, April dan Mei lepas bagi menarik pelaburan syarikat pembuatan yang terjejas akibat perang dagangan Amerika Syarikat-China akan mula membuahkan hasil, akhir tahun ini.

Menurutnya, setakat ini, terdapat hampir 10 syarikat sudah terbabit dalam perbincangan, dan disusuli dengan banyak pertanyaan mengenai pelaburan di negeri ini.

“Sehingga Mac lepas, nilai pelaburan dari China ke Johor bernilai RM718 juta, dan setakat ini Johor merupakan negeri paling tinggi menerima pelaburan dari China di Malaysia.

“Ini menunjukkan kesan positif dan trend pelaburan seperti ini akan memberi impak yang besar terhadap iklim pelaburan asing terutama dari China,” katanya.

Puah berkata walaupun banyak negara terjejas akibat krisis yang sedang melanda, namun, buat masa ini, Malaysia boleh dikatakan bertuah dan mendapat sedikit sebanyak manfaat, dengan syarat Malaysia perlu lebih proaktif supaya dapat menghidu lebih banyak peluang untuk diambil hasil daripada perangan dagang berkenaan.

“Sebagai contoh, banyak syarikat dari China yang mendapat tempias akibat krisis perang perdagangan antara dua negara gergasi itu sedang menjalankan kajian pasaran dan berhasrat memindahkan perniagaan, industri dan kilang mereka di rantau Asia terutama di Malaysia,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production