Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
KKM berjaya selesaikan isu dua doktor di Hospital Sibu

KKM berjaya selesaikan isu dua doktor di Hospital Sibu

MAHDAR BUJANGJanuary 24, 2020 2:00 pm




Isu penamatan kontrak dua doktor muda yang berkhidmat di Hospital Sibu, Sarawak akhirnya berjaya diselesaikan apabila kontrak kedua-dua doktor terbabit telah dilanjutkan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen menerusi kenyataan di Kuching hari ini.

Jelas beliau, isu berhubung penamatan kontrak pegawai-pegawai perubatan di Sarawak telah diselesaikan dengan segera oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Chong yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berkata. beliau telah membawa perkara berkenaan kepada pengetahuan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Katanya, Lim seterusnya telah mengadakan rundingan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad baru-baru ini.

“Sehubungan itu, hari ini Kementerian Kesihatan telah memutuskan untuk melanjutkan kontrak perkhidmatan pegawai-pegawai perubatan berkenaan.

“Terimakasih kepada pihak media kerana telah melaporkan perkara ini yang sememangnya mendapat perhatian seluruh rakyat Sarawak,” tambah beliau dalam kenyataan itu.

Beliau seterusnya menegaskan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil serius masalah rakyat dan akan melakukan yang terbaik bagi menyelesaikannya secepat mungkin.

Sebelum ini media telah melaporkan dua doktor muda yang berkhidmat di Hospital Sibu merupakan antara empat pegawai perubatan (MO) yang tidak ditawarkan kontrak baharu dan tidak diperakui untuk lantikan tetap oleh kerajaan.

Dua doktor terbabit ialah Dr Wong Woan Hui dan Dr Bong Ing Hui telah menerima surat penamatan kontrak tanpa alasan diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada November 2019.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production