Malaysia Dateline

KKM bertindak atas aduan awam, disyaki miliki produk kesihatan tidak berdaftar

Pemerikasaan yang dijalankan di sebuah premis di Bukit Damansara pada Selasa,  adalah berdasarkan aduan awam kerana disyaki memiliki produk kesihatan yang tidak berdfadtar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan itu, adalah mengikut prosedur dan standard operasi dan iaitu bersandarkan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakanyang ditetapkan oleh KKM.

KKM dalam satu kenyataan malam ini, oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Param Jeeth Singh A/L Pakar Sigh berkata, sebelum pemeriksaan dijalankan,ke atas premis DHA Healthcare Enterprise di Bukit Damansara,  siasatan awal mendapati premis tersebut telah disahkan memiliki dan menjual produk sasaran berdasarkan belian percubaan (test buy) berserta resit bayaran.

” Meskipun produk tersebut didapati tiada lagi di premis ketika pemeriksaan dijalankan, bahan iklan berbentuk risalah produk tidak berdaftar tersebut telah ditemui di premis terbabit,” ujarnya dalam kenyataan malam ini..

Dalam kenyataan itu beliau berkata, walaupun premis ini merupakan sebuah fasiliti yang dimiliki oleh seorang doktor sakit puan di Malaysia. Namun begitu, fasiliti tersebut tidak pernah berlesen dengan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM sejak penubuhannya.

” Meskipun banyak perbincangan dan usaha oleh CKAPS untuk memudahcara perlesenan premis ini, namun pemilik masih tidak dapat memenuhi syor yang diberi supaya ianya dapat dilesenkan sebagai fasiliti kesihatan swasta berlesen yang sah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pada 26 Februari 2016, CKAPS telah mengeluarkan satu surat arahan supaya premis ini menghentikan operasi perkhidmatan kesihatan.

Katanya lagi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menjalankan satu pemeriksaan ke atas sebuah premis iaitu DHA Healthcare Enterprise di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Oleh itu memiliki atau menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan KKM adalah merupakan pelanggaran di bawah Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tular hari ini, berkaitan seorang pakar perbidanan sakit puan Dr Hamid Arshat yang melahirkan rasa kesal dan kecewanya kerana semalam, premisnya diserbu pegawai KKM tanpa beliau diberikan notis dan tidak menemui sebarang bukti.

Dr Hamid menerusi laman facebooknya memberitahu beliau terkejut dengan kedatangan kakitangan KKM yang tidak membawa notis serbuan dan tanpa menjelaskan tujuan serbuan itu dilakukan.

Baca: Dr Hamid Arshat kesal