Malaysia Dateline

KKM ingatkan jangan amalkan ‘first bump’

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran agar orang ramai tidak mengamalkan sentuhan fizikal seperti ‘first bump’ atau melagakan siku.

Sebaliknya kata KKM, amalan yang lebih selamat iaitu dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan tunduk sedikit sebagai tanda hormat.

“Ramai yang tidak bersalaman untuk elak sentuhan fizikal tetapi digantikan pula dengan cara lain seperti “fist bump”, melagakan siku dan sebagainya. Elakkanlah amalan ini,” pesan KKM.

Apa yang penting kata KKM, patuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan 3W (Wash, Wear, Warn).

“Kerap membasuh tangan, pakai pelitup muka, peringatan (etika batuk & bersin, aktiviti pembersihan, dapatkan rawatan sekirannya bergejala dan elak bersentuhan/bersalaman),”katanya.