KKM laksana skim kesihatan untuk rakyat

KKM laksana skim kesihatan untuk rakyat

Bersempena dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan parti itu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas, sebahagian besar daripadanya sudah berjaya dilaksanakan terutamanya bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebahagian besar janji sudah dilakukan dan masih ada yang dalam proses.

“Kami warga KKM telah melaksanakan skim perlindungan kesihatan yang bermula dengan golongan bawah umur 40 pada Januari nanti.

“Isu ini akan dirumuskan dan dibincangkan untuk dilaksanakan pada tahun 2019 kelak, yang akan diletakkan di dalam Bajet 2019,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, skim ini merupakan Skim Rawatan Asas yang telah dipraktikkan di Selangor sebelum ini dan memberi manfaat yang sangat berguna untuk rakyat pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Dr Dzukefly Ahmad hadir bagi melancarkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat KKM.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote