KKM lancar sambutan kemerdekaan, berazam pastikan perkhidmatan kesihatan lebih baik

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad bersama Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan di Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya hari ini.

Kira-kira 400 kakitangan awam daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hadir bagi Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat KKM.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan perkhidmatan kesihatan akan lebih baik di masa akan datang.

“Bersempena dengan kemerdekaan yang ke 61 ini, Malaysia di bawah pimpinan kerajaan baharu dan para menteri pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan negara ini.

“Di bawa Kementerian Kesihatan Malaysia pula ssaya berpendapat kami akan mencuba untuk memberi yang terbaik untuk membantu rakyat di dakam perkara kesihatan.

“Ia merangkumi dari segi gaya hidup sihat, pemakanan dan apa sahaja program berkaitan kesihatan akan dipergiatkan untuk rakyat,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada himpunan bulanan KKM dan pelancaran sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

(Dari kiri) Marina Azman, Mirunalini dan Mona Ang antara pegawai KKM yang hadir pada  himpunan  bulanan dan Pelancaran Hari Kemerdekaan di kementerian itu hari ini.

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi pastinya ramai teruja lebih-lebih lagi apabila kerajaan tampuk pemerintahan sudah diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH).

Begitu juga yang dapat dirasakan oleh kakitangan KKM, Pegawai Perhubungan Awam KKM,Marina Azman ketika diminta pandangannya mengenai sambutan kemerdekaan tahun ini, beliau berkata, Kerajaan yang baharu ini mampu melaksanakan Visi dan Misi untuk terus membawa Malaysia maju untuk masa hadapan.

Sementara itu Pegawai Perhubugan Awam KKM, Mirunalini Thamodaran berkata, dengan kerajaan baru ini, ianya seperti nafas baru untuk terus memajukan Malaysia dan mengembangkan ekonomi negara ke arah Malaysia maju.

“Saya rasa, pemerintah yang baharu ini, semangat juga baharu, dan menyebabkan kami warga kakitangan KKM untuk berkhidmat lebih efektif membantu pentadbiran negara dalam bidang kesihatan di Malaysia,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline hari ini.

Menurut  Pegawai Tadbir  Mona Ang, walaupun bertukar kerajaan namun matlamat masih sama iaitu untuk membantu dan menjadikan Malaysia maju dan berkembang daripada segi kesihatan.

Sambutan kemerdekaan 2018 akan dijangka akan diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 pada tahun ini bertema ‘Sayangi Malaysiaku’, yang dipilih bagi meraikan dan mempertingkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 3 hingga 5 Ogos ini.

Antara 400 kakitangan di Kementerian Kesihatan yang hadir untuk bersama melancarkan sambutan Hari Kemerdekaan 2018 di Putrajaya hari ini.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS