KKM nafi 51 buah sekolah ditutup akibat jangkitan penyakit HFMD

KKM nafi 51 buah sekolah ditutup akibat jangkitan penyakit HFMD

Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan penyakit HFMD

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat 51 buah sekolah di daerah negeri Selangor ditutup akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh KKM bagi tahun 2018, sehingga kini tiada sebarang penutupan sekolah mahupun kelas dalam sekolah di seluruh negeri Selangor akibat jangkitan penyakit HFMD.

Didapati terdapat hanya dua kluster HFMD dilaporkan berlaku di dua sekolah berlainan dan kedua-dua sekolah ini atau kelas di dalam sekolah terbabit tidak ditutup.

Menurut KKM Sekolah atau kelas yang terlibat tidak ditutup kerana mengambil kira hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan yang mendapati tiada pendedahan risiko jangkitan HFMD kepada murid-murid lain.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita berkaitan HFMD
sebelum mempercayainya, terutama maklumat tidak tepat yang dikeluarkan oleh pihak tertentu
selain daripada KKM.

“Orang ramai juga diminta agar mengelak daripada menyebarkan berita yang tidak tepat tanpa mendapat pengesahan daripada pihak KKM terlebih dahulu,”tegas Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kurang kesedaran dan keprihatinan ibu
bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan
nasihat dan rawatan.

Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada
pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun
2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan
di Malaysia.

“Orang ramai khususnya ibu bapa, pengusaha taska dan tadika serta guru-guru dinasihatkan untuk
sentiasa menerapkan amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran termasuk mencuci tangan
dengan betul kepada anak-anak dan murid-murid.

“Selain saringan di pintu masuk taska, tadika, pra-sekolah dan sekolah (gate keeping), ibu
bapa juga perlu memainkan peranan dengan memeriksa anak setiap pagi sebelum dihantar ke
pusat-pusat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote