Malaysia Dateline

KKM rekod 5,446 kes positif Covid-19 baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan sebanyak 5,446 kes positif Covid-19 baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan kes positif dalam negara sebanyak 2,678,465 kes.

Daripada keseluruhan kes yang dicatatkan hari ini, KKM mengesan sebanyak 5,426 kes adalah dari penularan tempatan, manakala 20 lagi adalah kes import.

Sementara itu, 5,427 kes sembuh direkodkan menjadikan kumulatif kes dibenar discaj sebanyak 2,586,822 kes atau 96.6 peratus.

Sebanyak 419 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 232 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 5,446 kes harian yang dilaporkan hari ini, 88 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 5,358 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.