Malaysia Dateline

KKM rekod 6,803 kes sembuh atasi kes Covid-19 baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan kes sembuh Covid-19 sebanyak 6,803 kes mengatasi kes baharu hari ini

Ini menjadikan kumulatif kes dibenarkan discaj sebanyak 2,544,007 atau 96.4 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat jam 12 tengah hari tadi, KKM mencatatkan 5,439 kes Covid-19 baharu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2,638,221 kes.

Daripada keseluruhan kes baharu, 5,418 kes merupakan penularan tempatan manakala 21 kes lagi adalah kes import.

Selain itu, 500 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 258 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 5,439 kes harian yang dilaporkan hari ini, 105 kes atau 1.9 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 5,334 kes atau 98.1 peratus lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.