KKM sahkan budak 2 tahun maut akibat HFMD

KKM sahkan budak 2 tahun maut akibat HFMD

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki Farhan Lukman Abdullah, 2, meninggal dunia akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

KKM dalam kenyataannya hari ini, Farhan mula mengalami demam pada 24 Julai 2018 dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada 25 Julai 2018.

Selanjutnya kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Daro pada 25 Julai 2018 dan telah didiagnosa sebagai disyaki HFMD di mana beliau telah diberikan rawatan.

Farhan yang juga anak bongsu dari tiga beradik disahkan meninggal dunia kira-kira 2 pagi hari ini selepas dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Penyebab kematian adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dengan jangkitan HFMD.

Ini adalah kes kematian pertama membabitkan penularan jangkitan itu di Sarawak.

Menurut ibunya, Mastura Ali, 33, anaknya tiba-tiba menjadi lemah sedangkan sebelum itu beliau sangat aktif dan sering bermain dengan kakaknya.

“Bagaimanapun, selepas dijangkiti penyakit tersebut, keadaannya mula lemah dan tiada selera makan. Pada waktu malam pula, dia sering menangis dan tidak boleh tidur lena,” katanya dipetik Harian Metro.

Katanya, Farhan dikejarkan ke Hospital Daro tiga hari lalu, namun kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu apabila keadaan kesihatannya semakin merosot.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Pangtray, Daro sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemang Pek pada 2.30 petang tadi.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote