Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia positif koronavirus

KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia positif koronavirus

MALAYSIADATELINEFebruary 4, 2020 3:51 pm




Dua lagi kes baharu wabak koronavirus dilaporkan setakat semalam membabitkan seorang lelaki warga China dan Malaysia.

Dengan pertambahan dua kes berkenaan, jumlah kumulatif kes 2019-nCoV yang dilaporkan sehingga hari ini adalah 10 kes, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

 Ia termasuk lima kes dalam kalangan kes pesakit di bawah siasatan (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan lima kes lagi dalam kalangan kontak rapat.

Menurutnya, kes pertama membabitkan seorang lelaki China dari Wuhan, China yang tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari lalu.

Lelaki berusia 63 tahun itu mengalami demam ringan pada 23 Januari lalu dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

 Kes telah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan untuk tempoh 14 hari.

Pada 2 Februari lalu, demamnya masih berterusan dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan lanjut dan ujian makmal semalam mendapatinya positif koronavirus dan kini berada dalam wad isolasi dan dalam keadaan stabil.

Dzulkefly berkata, kes kedua pula adalah seorang lelaki tempatan yang baru pulang dari negara jiran kerana menghadiri mesyuarat pada 16 hingga 23 Januari lalu.

Mesyuarat yang dihadiri oleh lelaki berusia 41 tahun itu turut disertai oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.

“Beliau telah pulang ke Malaysia pada 23 Januari dan pada 29 Januari beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk.

“Beliau telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari dan dimasukkan ke wad isolasi. Beliau telah disahkan
positif pada 3 Februari 2020 dan kini kes berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Dzulkefly, KKM telah berhubung dengan kementerian kesihatan di negara jiran tersebut dan mereka mengesahkan aktiviti contact tracing telah dimulakan dan bagi mengenalpasti sumber jangkitan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sejak saringan dijalankan pada 10 Januari sehingga 3 Februari lalu, setakat jam 6 petang, jumlah kumulatif kes PUI jangkitan 2019-nCoV adalah 213 orang, yang mana 122 adalah warga negara Malaysia, 86 warga China dan masingmasing satu Australia, Korea, Jordan, Brazil dan Thailand.

Daripada jumlah itu, lima kes telah disahkan positif 2019-nCoV, 188 adalah negatif 2019-nCoV dan 20 kes masih menunggu keputusan makmal.

Buat masa ini, kontak rapat kepada kes positif koronavirus seramai 36 orang dan daripada jumlah ini lima kes telah disahkan positif jangkitan 2019-nCoV dan dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh (4) dan Hospital Permai (1).

Kesemua kes dalam keadaan stabil.

Manakala ujian makmal ke atas 27 kontak rapat lain didapati negatif jangkitan koronavirus manakala empat lagi masih
menunggu keputusan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Rakyat tidak mahu tindakan yang menghakis sistem demokrasi berparlimen

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production