Golongan pekerja di Kuala Lumpur dilaporkan antara yang paling teruk bekerja dan mempunyai tempoh bekerja sangat panjang berbanding penduduk bandar lain di dunia.
Satu kajian yang dijalankan sebuah syarikat teknologi mudah alih, Kisi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa pekerja di bandar raya itu dilaporkan antara yang paling teruk bekerja mendahului Singapura.
Memetik Bloomberg, Dubai menduduki tempat teratas yang mempunyai populasi paling teruk bekerja dan diikuti Hong Kong, kemudian Kuala Lumpur. Di kedudukan keempat pula ialah Singapura dan diikuti bandar Montevideo yang terletak di benua Amerika. Tokyo pula di kedudukan ke enam.

Bagaimanapun menurut kajian tersebut, bandar yang terlalu banyak bekerja tidak bermaksud ia tidak mempunyai keseimbangan dalam kehidupan kerja.
Jika terdapat perkhidmatan yang boleh diakses dan mencukupi seperti (penjagaan kesihatan), menghiburkan dan menggembirakan orang ramai, bandar itu mungkin mempunyai keseimbangan kehidupan kerja yang baik walaupun banyak bekerja.
Bekerja dari rumah atau Work From Home (WFH)
Sementara itu menurut kajian tersebut yang didedahkan Bloomberg, Singapura dinobat sebagai bandar paling terbaik dalam melaksanakan kerja dari rumah (WFH).
Ia diikuti Washington di tempat kedua, Austin tempat ketiga dan Bern di tempat keempat.
Bandar ini antara bandar terbaik untuk bekerja dari rumah kerana mereka menawarkan lebih banyak pekerjaan yang boleh dilakukan dari jauh, menawarkan kebolehlaksanaan yang lebih tinggi untuk bekerja dari jauh untuk semua pekerjaan serta infrastruktur yang lebih baik untuk menyokong kerja jauh (seperti kebolehcapaian WiFi).

Baca juga: Iktibar krisis makanan susulan konflik Rusia-Ukraine
Baca juga: Bekas ahli parlimen didakwa lakukan serangan seksual terhadap remaja lelaki usia 15 tahun