Malaysia Dateline

KL catat tertinggi, 696 dari 1,772 kes baharu Covid hari ini

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan rekod tertinggi kes baharu Covid-19 hari ini apabila mencatatkan 696 dari 1,772 kes baharu yang direkodkan.

Ia diikuti dengan Selangor yang mencatatkan 503 kes dan Sabah 260 kes.

629 dari kes di Kuala Lumpur adalah daripada kluster-kluster sedia ada manakala 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif, Lapan (8) kes import dari luar negara; dan 28 kes daripada lain-lain saringan.

Di Selangor pula, 62 kes daripada kluster-kluster sedia ada. 165 kes daripada saringan kontak rapat, tiga (3) kes import dari luar negara; dan 273 kes daripada lain-lain saringan.