Malaysia Dateline

KL City cipta sejarah masuki pusingan akhir Piala AFC setelah tewaskan kelab dari Uzbekistan

KL City mencipta sejarah apabila berjaya memasuki pertandingan akhir Pial AFC selepas menewaskan pasukan dari kelab Uzbekistan, FC Sogdiana Jizzakh malam tadi.

KL City menang 5-3 melalui penentuan sepakan penalti dalam pusingan akhir antara zon yang berlangsung di Stadium Sogdiana, Uzbekistan malam tadi.

Turut meraikan kemenangan bersejarah malam tadi adalah Presiden KLFA, Khalid Samad yang turut sama berada di Uzbekistan bagi memberikan sokongan kepada pasukannya.

KL City dijadualkan bertemu kelab dari Oman, Al-Seeb Club dalam perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang dijadualkan berlangsung 22 Oktober ini di Stadium KLFA Cheras.

Khalid dan rakan-rakannya ketika berada di galeri penonton di Stadium Sogdiana, Uzbekistan malam tadi.

Sebelum ini, KL City berjaya menjuarai Piala Malaysia menewaskan JDT, pasukan yang dianggap paling kuat dalam liga Piala Malaysia.