Klinik kesihatan dengan kos RM26 juta dibina di Bandar Perda

Klinik kesihatan dengan kos RM26 juta dibina di Bandar Perda

Klinik Kesihatan bernilai RM26 juta akan siap dibina di Bandar Perda menjelang tahun 2021 tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika majlis pecah tanah projek pembinaan klinik kesihatan tersebut semalam.

Jelasnya lagi, dengan siapnya projek pembinaan klinik kesihatan tersebut ia mampu memberi menfaat antara 600 hingga 800 pesakit sehari.

Malah katanya, projek ini merupakan salah satu dari 12 projek yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke Sebelas.

“Kesungguhan pembinaan projek ini membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang turut memberi perhatian serius mengenai keperluan kesihatan penduduk negeri ini.

“Ianya merupakan salah satu projek kerajaan Pusat yang meliputi anggaran peruntukan keseluruhannya berjumlah RM1.6 bilion.

“Ini termasuklah bagi menaik taraf hospital, membina klinik kesihatan baru dan juga pembelian peralatan kesihatan,” tegasnya.

Menurut Chow lagi, apabila siap sepenuhnya pada masa yang dijangkakan ia turut memberi banyak kemudahan kepada penduduk sekitar kawasan ini.

“Kerja-kerja pembinaan ini dijangka akan siap pada Februari 2021.

“Manakala blok sampingan dan juga blok sokongan akan turut disediakan apabila ia siap sepenuhnya nanti.

“Secara jelas ia memperlihatkan kesungguhan dan komitmen kerajaan bagi menyediakan khidmat kesihatan yang lebih sempurna kepada masyarakat,” tambahnya lagi.

Bandar Perda yang berada dalam kawasan Dun Seberang Jaya serta Parlimen Permatang Pauh merupakan salah satu kawasan yang padat dengan penduduk dengan pelbagai kemudahan disediakan,

Hadir sama dalam majlis pecah tanah tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri.