Klinik Komuniti ganti Klinik 1Malaysia akan sedia pegawai perubatan, pelbagaikan khidmat dan ubatan

Klinik Komuniti ganti Klinik 1Malaysia akan sedia pegawai perubatan, pelbagaikan khidmat dan ubatan

Nama Klinik 1Malaysia akan ditukar kepada Klinik Komuniti dijangka pada hujung tahun ini dengan penjenamaan dan penstrukturan semula dengan kos anggaran RM10juta, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, klinik itu juga akan dinaiktaraf menerusi perkhidmatan farmasi, menambah jumlah keluasan dan memperbanyakkan khidmat rawatan lain.

“Kami memutuskan untuk memberi nama baru iaitu klinik komuniti bagi menggantikan klinik 1Malaysia.

“Ini sejajar dengan matlamat kami agar klinik ini menawarkan khidmat kepada komuniti sama ada di bandar, luar bandar dan pinggir bandar,” katanya dalam sidang media diadakan di kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, kementerian juga akan menyediakan pegawai perubatan dan pegawai farmasi atau sekurang-kurangnya Penolong Pegawai Farmasi bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Selain itu satu kajian berkaitan audit mengenai bilangan klinik seluruh negara akan diadakan untuk menilai semula keperluannya dan dijangkakan bagi proses penjenamaan dan penambahbaikan akan menelan perbelanjaan dianggarkan sekitar RM5juta hingga RM10 juta dan mengambil masa pelaksanaan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

“Kementerian akan melakukan kajian audit mengenai bilangan klinik berkenaan sama ada perlu dikurangkan atau sebaliknya.

“Bagi klinik yang tidak memenuhi kriteria ditetapkan iaitu tidak memperoleh bilangan pesakit kurang 50 orang sehari, ia akan ditutup.

“Sebagai rumusan, kementerian akan mengkaji semula operasi klinik itu mengikut lokasi dan keberkesanan perkhidmatannya,” katanya.

Pada masa sama, Dzulkefly berkata, pihaknya akan memasukkan peruntukkan tambahan berhubung cadangan penjenamaan semula
Klinik 1Malaysia dalam bajet baharu yang dijangka dibentangkan Julai ini.

Klinik 1 Malaysia yang ditubuhkan di bawah pemerintahan kerajaan BN itu kini mempunyai 351 buah seluruh negara.

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0