Malaysia Dateline

Klip video Timbalan Menteri tidur atas pentas jadi tular

Klik video seorang Timbalan Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tertidur dalam sebuah majlis graduasi kini menjadi tular di kalangan pengguna media sosial.

Ini kerana, bukan setakat tertidur, pihak penganjur dan tetamu yang lain terpaksa mengambil masa untuk mengejutkan beliau yang tertidur lena di atas kerusi di atas pentas utama itu.

Ia menjadi tular dan disebarkan menerusi media sosial khasnya Tik Tok dan juga Twitter.

Sebelum ini, ahli Parlimen dari Negeri Sembilan ini pernah pengsan di Parlimen dan terpaksa dibawa ke hospital dengan kerusi roda.