Semalam berlangsungnya penamaan calon BN untuk PRU15. Saya sempat tengok sebentar masa Presiden mereka sampaikan ucapan.
Satu perkara yang obvious, Ismail Sabri datang lambat. Masa dah mula Majlis pun, kerusi sebelah Presiden masih kosong. They had to proceed without him.
Lagi satu, akhbar lapor yang wakil MIC boikot Majlis Penamaaan Calon ini. Mungkin sampai MIC nak tarik diri dari PRU. Hari ni mereka akan putuskan. Mungkin “kiss2” balik kemudian.
Selain daripada itu, ramai warlords tak masuk dalam senarai. Betul lah 10 nama yang disebar luas semalam dalam medsos. Semua itu hilang dari radar. Semuanya Kluster Menteri Ismail Sabri.
Maknanya, sudah nampak ada perpecahan dan ketidakstabilan dalam BN punya barisan. Mungkin yang perlu dikhuatirkan ialah budaya sabotaj atau cah keting daripada mereka ini. Ini akan merugikan parti.
Perkara baik yang harus dipuji, ialah banyak muka baru dan orang muda. Ini tindakan tepat sebab 50% pengundi adalah mereka yang tergolong bawah 40 tahun.
KJ, Syahril Hamdan, Isham Jalil, Asyraf Wajdi, dan Zahida Zarik antara yang saya kenal. Yang lain mungkin orang parti dan penyokong kenal, maka kena usaha sikit bagi orang tahu di peringkat nasional.
Namun masih lagi ada set dinosaur yang disimpan yang saya rasa perlu rehat. Contoh Tunku Razaleigh dan Tengku Adnan. Harap ini PRU terakhir mereka. Seperti pemimpin dinosaur lain across parties.
Yang paling saya tak boleh brain ialah Jamal Yunos jadi calon di Sungai Besar. This character pun masih diterima jadi calon MP? Adakah ada WALI? SAFT jauh sekali.
Pada saya, pengumuman semalam sedikit hambar, mungkin mood mereka tak stabil lagi. Jangan pula jadi retak menanti belah. Penamaan calon lagi 3 hari.
Nothing much yang lain daripada yang lain. Same old same old. Berbeza dengan pengumuman PKR hari tu, yang turut umum latar belakang pendidikan calon dan ketengahkan golongan OKU dan profesional Melayu. Kita pun jadi excited.
Undi saya tahun ini ialah ABU, kerana pada saya penyokong tegar mereka dah cukup untuk bagi mereka undi. Dan saya harap mereka boleh rehat sepenggal dua untuk cuci balik parti.
Maka saya akan lantik ABU ikut prinsip SAFT. Agar kita dapat pemimpin berkualiti. Tak kira la dia jadi Kerajaan atau Pembangkang, saya percaya dia akan angkat suara saya ke Dewan Rakyat.
Salam hormat,