KM P.Pinang baharu akan teruskan perancangan dalam manifesto PH, kata Guan Eng

KM P.Pinang baharu akan teruskan perancangan dalam manifesto PH, kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu Chan Kon Yeow akan meneruskan segala perancangan kerajaan negeri PH Pulau Pinang untuk kebajikan rakyat negeri itu sebagaiman terkandung dalam janji manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Lim Guan Eng.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semalam telah mengumumkan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota, itu dipilih untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang kelima.

“Ini termasuklah janji-janji yang telah dibuat oleh PH Pulau Pinang sepertimana yang terkandung dalam manifesto PH negeri ini.

“68 janji yang telah dijanjikan semasa pilihan raya umum ke 14 yang baru berlalu akan turut diteruskan.

“Sokongan yang diberikan oleh rakyat negeri ini membuktikan bahawa mereka mengharapkan nasib mereka terus dibela oleh kerajaan PH, ” ujar Guan Eng ketika membuat pengumuman mengenai penggantinya di Georgetown semalam.

Lim Guan Eng ketika mengumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow semalam.

Guan Eng tidak akan menerajui kepimpinan negeri ini setelah ketetapan dibuat untuk dihadkan setiap Ketua Menteri hanya untuk tempoh dua penggal sahaja.

Sejak menerajui kepimpinan negeri Pulau Pinang pada tahun 2008 yang lalu sehinggalah pilihan raya umum 2013.

Selain dari itu beliau juga akan berada dalam kepimpinan kerajaan pusat setelah dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Manakala Chan pula adalah bekas exco kerajaan negeri yang sering menyokong kepimpinan serta penyokong kuat Setiausaha Agung DAP itu.

Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, Chan berjaya memperolehi sebanyak 9278 undi dengan mengalahkan calon BN yang mendapat 1470 undi serta calon parti MU yang mendapat 71 undi.

Sementara itu Guan Eng pula berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan dengan memperolehi sejumlah 51653 undi dengan menewaskan calon BN yang memperolehi 7751 undi, calon PCM yang mendapat 502 undi serta calon MU yang mendapat hanya 181 undi.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote