Malaysia Dateline

KM Pulau Pinang seru pimpinan AMANAH, DAP, PKR siap siaga hadapi PRU15

Pimpinan AMANAH, DAP dan PKR Pulau Pinang diseru supaya siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, prestasi yang ditunjukkan di Pulau Pinang membuktikan 90 peratus janji manifesto telah pun berjaya direalisasikan.

“Daripada sejumlah 69 perkara yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang, 90 peratus darinya telah pun berjaya ditunaikan dan ini membuktikan janji yang telah dibuat PH mampu ditunaikan sedaya upaya.

KM Pulau Pinang seru AMANAH, DAP, PKR siap siaga hadapi PRU15
Ketua Menteri Pulau Pinang hadir di Jamuan Aidilfitri AMANAH Pulau Pinang dan Pejabat Adun Permatang Pasir

” PRU ke-15 boleh berlaku pada bila- bila masa dan dalam masa terdekat mesyuarat komponen PH Pulau Pinang turut akan diadakan setelah bahang pilihanraya begitu terasa kini.

” Rakan-rakan komponen PH tidak harus gentar menghadapi PRU-15 setelah prestasi yang diperlihatkan oleh kepimpinan PH di Pulau Pinang tidak membelakangkan mandat dan sokongan yang telah diberikan oleh rakyat dalam. PRU ke-14 yang lalu,” kata beliau

Beliau yang juga merupakan Pengerusi PH Pulau Pinang berkata demikian semasa hadir pada majlis Jamuan Aidilfitri AMANAH Pulau Pinang dan Pejabat Adun Permatang Pasir di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir semalam.