KM Sarawak digesa batal idea tubuh syarikat penerbangan

Oleh NASUHA RAHMAN

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Sr Kelvin Yii menggesa agar Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg supaya membatalkan idea penubuhan syarikat penerbangan Sarawak.

Katanya, dengan penubuhan syarikat sendiri ia akan membabitkan kos ekonomi yang tinggi kepada Sarawak.

Justeru, beliau berharap agar kerajaan negeri Sarawak harus melihat kerjasama dengan syarikat penerbangan swasta nasional dan swasta sedia ada untuk menambah baik kesalinghubungan terutamanya laluan domestik di Sarawak dengan menawarkan insentif dan subsidi.

“Masalahnya ialah apabila menubuhkan syarikat penerbangan sendiri, ia sangat memerlukan pelaburan dan kos tinggi serta sekali gusmungkin tidak memberi manfaat khususnya pada jangka masa panjang.

” Malah, ini adalah Ini sebagai maklum balas kepada pengumuman Abang Johari baru-baru ini bahawa Kerajaan Negeri Sarawak masih berhasrat untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 nanti.

” Jelas ini sangat berbahaya, kerana Abang Johari nampaknya lebih berminat dengan ‘keputusan imej’ daripada yang mungkin memberi kesan kepada masa depan ekonomi Sarawak,” tegas Dr Kelvin dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun sudah pasti terdapat keperluan untuk meningkatkan kesalinghubungan di sekitar Borneo malah untuk menembusi hab yang penting untuk pelancongan seperti Singapura, Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok dan Hong Kong, tetapi terdapat cara yang lebih baik dan sesuai bagi kerajaan negeri melakukannya.

“Menjalankan perniagaan penerbangan adalah sangat sukar, serta akan dikawal dari segi struktur organisasi, peraturan keselamatan penumpang, kepakaran dan keperluan penerbangan lain.

” Untuk itu, saya berharap agar kerajaan negeri mempertimbangkan semula keputusan ini kerana ia akan menelan banyak dana awam untuk ditubuhkan, apatah lagi mengekalkan model perniagaan dan mengekalkan aset.

” Hakikatnya, Abang Johari mesti faham bahawa pada dasarnya, bukan urusan kerajaan untuk berniaga kerana peranan mereka adalah untuk menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif untuk perniagaan berkembang maju atau mencari jalan memberi insentif kepada sektor swasta menghasilkan pelan perniagaan yang baik dan mampan untuk rakyat, dan bukannya cuba memulakan syarikat penerbangan mereka sendiri,’ ujarnya.

Pada mada sama, Dr Kelvin berkata kerajaan negeri atau persekutuan secara amnya tidak mempunyai rekod yang baik untuk terlibat dalam perniagaan atas pelbagai sebab terutamanya dalam industri yang sangat mencabar seperti penerbangan yang telah terjejas teruk oleh pandemik Covid-19.

“Sebab itu saya sangat menggesa Abang Johari untuk mempertimbangkan semula keutamaannya. Mungkin dia perlu mencari cara memberi insentif kepada syarikat penerbangan menurunkan harga tiket mereka rakyat Sarawak boleh kembali mengundi pada PRN12 nanti.

“Jelas juga pengumuman besar sebegini yang memberi impak besar kepada keselamatan ekonomi Sarawak amat membimbangkan dan membuktikan kita tidak boleh membenarkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memerintah secara bebas di negeri ini dan mesti mempunyai sistem semak dan imbang yang kukuh di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini bukan kali pertama beliau menyebut perkara ini tetapi sebenarnya telah membuat janji ini sejak 2019. Sebab itu kita memerlukan akauntabiliti yang kukuh dan tidak boleh memberikan GPS cek kosong semasa pilihan raya ini.

” Jika tidak, kita mungkin terus mempunyai pengumuman besar yang tidak masuk akal ekonomi dan akan menjejaskan masa depan Sarawak,” katanya lagi.