Koc mewah yang ditawarkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Singapura ke Thailand berharga RM12,000 dengan perjalanan selama 3 hari 2 malam.
Mesti ada daripada anda yang terkejut melihat harganya yang berbelas ribu.
Apa kata anda cuba koc mewah yang baru sahaja ditawarkan oleh KTMB kepada penumpang setianya untuk perjalanan ke Thailand yang pastinya akan memberikan anda pengalaman berbeza daripada hanya menaiki koc biasa.
Untuk pengetahuan anda, koc mewah ini dilengkapi dengan bilik peribadi, bilik mandi, restoran dan juga bilik karaoke. Anda akan berasa lebih selesa menaiki koc mewah ini.
Dapat dilihat, koc mewah tersebut mengetengahkan rekaan tema zaman Victoria dan harganya juga dikatakan berpatutan. Buat sementara waktu, tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon di talian +603-22631078.
Koc mewah ini hanya boleh didapati di tren elektrik KTMB, dan bilangan tren mungkin ditambah berdasarkan permintaan orang ramai.
Perkongsian pengguna Twitter @Akram_Haruka1 tentang keretapi mewah Eastern & Oriental Express dengan perjalanan selama 3 hari 2 malam dalam keretapi ke Bangkok, Thailand.
Untuk pengetahuan anda, Eastern & Oriental Express ini hanya beroperasi dengan kekerapan 2 hingga 4 kali sebulan sahaja. Menariknya, keretapi mewah ini bertaraf 5 bintang dan anda pasti selesa sepanjang perjalanan anda ke destinasi anda.
Rekaan dalaman dan luaran Eastern & Oriental Express ini tampil klasik dan mewah. Walaupun ia kelihatan klasik tetapi anda akan selesa kerana terdapat penghawa dingin dalam keretapi.
Difahamkan terdapat 3 jenis kabin yang anda boleh pilih iaitu Pullmans, Staterooms dan Presidential Suite. Setiap kabin hadir dengan katil, sofa dan bilik air tetapi saiz setiap jenis kabin berbeza.
Lebih menarik, keretapi ini memiliki 3 gerabak untuk anda nikmati makanan anda dan anda juga boleh tempah meja makan anda ketika anda beli tiket perjalanan.
Selain itu, anda juga boleh menikmati pemandangan dan menghirup udara luar sepanjang perjalanan di gerabak ‘The Observation’ kerana ia berkonsepkan open air.
Baca juga: Keadaan terkini stesen Puduraya buat orang ramai gerun, ini sebabnya