Malaysia Dateline

KOMENTAR: Siapa untung di sebalik kartel daging?

Jamzuri Ardani kolumnisPermit import daging ni business besar. Mustahil tak melibatkan kepentingan politik kerana kelulusan AP mestilah dari menteri. Kartel daging nie mestilah orang politik yang jaga.

Akhirnya mereka lebih kuat, kaya, dan berpengaruh mengalahkan tauke politiknya. Senang cakap, tauke kartel daging nie adalah dari kalangan circle politik Umno.

Masa PH mentadbir dalam tempoh yang singkat, Menteri Pertanian bukan sahaja berhadapan dengan kartel daging, tapi bermacam-macam jenis kartel lagi. Ini semua adalah legasi peninggalan Umno yang tak sempat dibetulkan kerana PH mentadbir terlalu singkat.

Penyalahgunaan subsidi nelayan adalah antara pembaziran paling besar yang dikesan. Ini juga kerja kartel yang Umno bela sekian lama. Bila Menteri nak ambil tindakan pembaikan, maka berlaku pertembungan dengan kartel.

Pernah menteri terpaksa buat report polis sebab diugut dengan menghantar peluru hidup ke rumah. Sampai sekarang siasatan itu entah ke mana. Sama macam nasib siasatan klip video Sandakan agaknya.

Kenapa isu kartel daging dibangkitkan sekarang? Bagi saya ianya ada kaitan dengan mainan politik kuasa antara Umno dan PPBM. Umno cuba menekan PPBM dengan pelbagai tuntutan. Antaranya dengan memberikan surat sokongan kepada DSAI sebagai PM dan menumbangkan Menteri Besar Perak.

Kini tiba giliran PPBM pula menunjukkan kepada Umno siapa bos sebenar. Kartel daging adalah legasi Umno dan antara penyumbang dana politik yang besar kepada Umno.

Saya difahamkan, Umno menerima jutaan ringgit dari kartel-kartel daging ini dalam bentuk sumbangan politik. PPBM menggunakan kuasanya sebagai peneraju utama kerajaan untuk bertindak balas terhadap Umno. Mesejnya PPBM kepada Umno ialah, ‘I can reach deep into your pocket if I want to’.

Bagi pemuka-pemuka Bani Melayu ini, bukan isu halal-haram sebenarnya yang mereka perjuangkan, tetapi sekadar permainan politik kuasa sesama mereka. Isu ini memang sangat berkesan terhadap sentimen rakyat, dan ianya digunakan sebagai komoditi politik dalam pertembuangan antara dua kelompok Bani Melayu ini.

Akhirnya … rakyat yang tertipu.