Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Komitmen Latheefa siasat pemimpin politik rasuah bukti PH kerajaan adil
Latheefa Bebee Koya

Komitmen Latheefa siasat pemimpin politik rasuah bukti PH kerajaan adil

MOHD ALI HASHIMJuly 1, 2019 7:00 am




Hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya bahawa SPRM akan menyiasat siapa sahaja tanpa mengambil kira mereka adalah pembangkang maupun dari kalangan kerajaan, menyerlahkan komitmen bersungguh-sungguh beliau untuk menegakkan keadilan harus diberi sokongan dengan penuh penghormatan, kata Ketua Cabang PKR Bagan Alan Oh.

Beliau berkata, kesungguhan Latheefa yang menerajui SPRM dalam tempoh belum mencapai sebulan memperlihatkan kebijaksanaannya dalam membuat keputusan penting demi menjaga nama baik organisasi tersebut.

Alan Oh

“Pilihan Perdana Menteri sebenarnya tepat dan harus diberi sokongan kerana ia jelas terbukti kerajaan PH komited bagi membanteras gejala rasuah bukan saja di peringkat bawahan malah sehingga ke peringkat kepimpinan tertinggi negara.

“Kerajaan PH sedia ada juga telah memperlihatkan bagaimana ia tidak mempengaruhi apa jua siasatan yang dilaksanakan oleh SPRM jika dibezakan semasa zaman pentadbiran BN sebelum ini.

“Sehubungan itu tindakan dan cadangan supaya pengisytiharan harta dan aset serta pendapatan dilaksanakan harus diberi sokongan tanpa belah bahagi, ” ujarnya.

Menurut Alan lagi, seharusnya pengisytiharan harta perlu membabitkan semua pengarah maupun pengerusi lantikan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk ketua-ketua cabang atau bahagian parti-parti politik.

Sekiranya ini dapat direalisasikan tegasnya, SPRM dibawah teraju Latheefa serta zaman pentadbiran PH adalah yang pertama berani membongkar segala aset, punca pendapatan dan harta yang dimiliki termasuk pimpinan parti politik yang terbabit.

“Secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada rakyat untuk membandingkan SPRM yang diterajui semasa zaman BN terdahulu dan zaman pemerintahan kerajaan PH kini.

“Keadilan yang cuba ditegakkan oleh Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dalam tempoh yang amat singkat, menyerlahkan lagi kewibawaannya serta aspirasi yang amat diharapkan oleh majoriti rakyat dalam negara ini.

“Yang pasti, pendedahan demi pendedahan dan pembongkaran segala amalan korup, kepincangan dan penyelewengan mampu menyelamatkan negara dari terus mengalami kerugian yang berpanjangan, ” kata beliau lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production