Kompak antara Mahathir dan Anwar jauh lebih penting dari kontrak

Kompak antara Mahathir dan Anwar jauh lebih penting dari kontrak

 

Janji harus dikota. Namun, caranya berbeza  dari satu tradisi kepada tradisi yang lain. Di United Kingdom, ia tidak ada perlembagaan yang termaktub. Segala corak pemerintahannya adalah berdasarkan keputusan-keputusan hakim yang terdahulu. Tradisi berpelembagaan rata ratanya berkisar dalam sejarah dan falfasah politik United Kingdom. Ia amat unik. Namun ia telah berterusan sejak abad ke-13 lagi.

Walaupun undang undang Islam tidak berdasarkan “precedent” yang terdahulu, namun ilmu fiqh amat mementingkan methodologi, atau cara, di mana “fatwa,” boleh di perkemaskan. Iaitu adakah keputusan telah mengikut lunas lunas Al Quran dan Hadith, serta olahan yang berpaksikan “qiyas,” (analogy) ataupun “ijtihad,” yang berdasarkan ‘independent reasoning.’

Kini di Malaysia, perjanjian diantara Tun Dr Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa Datuk Seri Anwar akan dijadikan Perdana Menteri yang ke lapan dalam dua atau tiga tahun, sering menjadi tanda tanya: adakah ia akan berlaku seperti yang dijanjikan oleh kedua-dua pihak?

Sebenarnya, pembincangan ini, terutamanya terhadap tempoh “transition,” tidak penting, dan cuma boleh membawa kepada lebih banyak kepincangan, sekiranya semua pihak berasa gusar dengan jangka masa yang di tetapkan.

Yang pentingnnya ialah syor atau pun “baiah” (sumpah setia), yang telah pun diberikan oleh kedua-dua pihak dengan secara konsisten.

Setakat ini, belum ada para pemikir di Malaysia ataupun di luar negara, yang mengira betapa banyak kalinya kedua-dua pihak berjanji untuk saling membantu satu proses pemindahan kuasa yang stabil dan efektif.

Malah, biar di Malaysia, ataupun di luar negara, kedua-dua tokoh politik ini telah memberikan penegasan yang sepatutnya; bahawa mereka akan memampankan lagi pemindahan kuasa di antara kedua-dua pihak.

Sebenarnya, kompak yang dibuat oleh kedua-kedua pihak boleh diperkuatkan lagi, bukan secara janji semata mata, tetapi cara pengurusan yang selari. Misalnya, terdapat lima agensi yang agak penting dalam pengurusan pentadbiran Malaysia.

Pihak seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (MACC) harus mempunyai ahli ahli yang boleh dipercayai oleh Datuk Seri Anwar selepas setahun atau dua. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga harus prihatin tentang anak-anak buah Datuk Seri Anwar setelah setahun dua.Dr Mahathir harus ada kelonggaran untuk memilih calon-calon yang beliau perkenankan.

Malah biro pengawalan keselamatan sepeti Bukit Aman juga harus mempunyai kawan sepasukan dari kedua dua pihak; untuk mula berkerja sama. Yang keempat, syarikat syarikat kerajaan, iaitu, Government Linked Companies (GLCS) serta agensi kerajaan pusat seperti Mara juga harus mempunyai penyokong kedua-dua pihak agar tidak berat sebelah.

Proses timbang tara, “checks and balances,” memang boleh dilakukan di pihak parlimen dan eksekutif malah penghakiman. Namun pengurusan kerajaan Malaysia memang tidak boleh lari daripada agensi serta syarikat-syarikat kerajaan di atas.

Sekiranya kompak Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar memang boleh membuahkan hasil-hasil ini seawal mungkin, maka pemindahan kuasa sebenarnya telah pun berlaku, bukan setakat Kabinet, Kerajaan Pusat, tetapi di seluruh lapisan kerajaan. Indikator ini lebih penting jika dibandingkan dengan janji semata mata.

Kompak sebegini, juga harus mendapat sokongan dan dorongan semua pihak, tidak kira di masyarakat madani (civil society) tetapi juga kawan sejagat parti dalam Pakatan Harapan. Setakat ini, Tun Dr Mahathir telah memberikan ransangan yang positif bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi penganti nya. Selari dengan penyataan ini Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melarangkan siapa siapa dari melaga-lagakan dia dengan Tun Mahathir. Jangan pula pihak ketiga yang menjadi batu API.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan bahawa pemasalahan ekonomi yang begitu serius, di mana gejala rasuah telah menyebar dengan begitu hebat di semua peringkat dan jentera kerajaan, maka Tun Dr Mahathir harus diberi ruang yang secukup cukup-nya untuk menjalankan tugasan seharian-nya. Ini langkah keyakinan atau “confidence building measure,” yang teramat penting sekali.

Pokoknya, kompak yang bercorak konstrutivis bakal menjadi satu tradisi yang tidak ada tolak bandingnya, sekiranya Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengutarakan satu pemindahan kuasa yang luhur dan jujur.

Kompak ini adalah seperti “gentlemen’s agreement,” iaitu perjanjian di antara dua bangsawan yang berjiwa rakyat. Kualiti sebegini yang jauh lebih mantap dari tanda tangan kedua-dua tokoh politik semata-mata di atas sehelai kertas.

Ini adalah kerana apa yang sudah dilaburkan bukan sekadar maruah atau reputasi kedua-dua gergasi politik tetapi perjuangan yang bertindih pada titik tolak untuk menyelamatkan Malaysia.

COMMENTS

Wordpress (0)