Malaysia Dateline

Kompaun RM1.1 juta dikenakan terhadap Ahmad Maslan satu tindakan punitif

Mahkamah Tinggi hari ini telah membenarkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dilepaskan dan dibebaskan daripada dua pertuduhan terhadapnya setelah beliau membayar kommpuan RM1.1 juta

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kompauan yang dibayar itu mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Bagaimanapun menurut SPRM Ahmad Maslan sebelum ini pernah ditawarkan kompaun tersebut pada Oktober 2019 namun memilih untuk dibicarakan di mahkamah pada ketika itu.

Sehubungan itu, beliau dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) AMLATFPUAA 2001 pada 20 januari 2020.

Semua tempoh perbicaraan berjalan, beliau telah mengemukakan representasi dan bersetuju kembali untuk membayar kompaun tersebut.

SPRM ingin menjelaskan bahawa tindakan kompaun yang dikenakan ini merupakan satu tindakan punitif terhadap mana-mana individu yang terlibat dan merupakan satu bentuk pemulangan aset (asset recovery) dibawah AMLATFPUAA 2001.