Malaysia Dateline

Kompaun RM10,000: Kanun tawar nasihat guaman percuma

Biro Undang-Undang Parti AMANAH Negara (Kanun) menawarkan nasihat guaman percuma kepada rakyat yang ingin merayu terhadap kompaun berjumlah RM10 ribu yang dikenakan kerana melanggari Standard Operating Procedure (SOP) ketika pelaksanaan PKP/PKPB/PKPP ini.

Menurut Unit Tindakan Jenayah Kanun orang ramai yang telah dikenakan kompaun boleh mendapatkan nasihat guaman percuma dengan menghubungi wakil KANUN iaitu Hazwan di talian 013-6680072
dan Marwan di talian 011-31240378.

Bermula 11 Mac lalu, kompaun sebanyak RM 10,000 akan dikenakan terhadap individu yang melanggar prosedur SOP PKP ia susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang telah diwartakan.

Kompaun akan dikeluarkan kepada pesalah meliputi individu yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, premis gagal menyediakan pengimbas suhu badan, cecair pembasmi kuman, bersesak dalam premis tanpa kawalan dan hiburan tanpa lesen.

Setakat 12 Mac lalu, sebanyak 330 notis kompaun RM10,000 telah dikeluarkan kepada individu yang telah melanggar SOP.

Antara kesalahan SOP PKP adalah seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediakan alat pengukur suhu.