Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Komplot jenayah terhadap Latheefa, Bukit Aman teliti laporan

Komplot jenayah terhadap Latheefa, Bukit Aman teliti laporan

BernamaJanuary 14, 2020 6:36 pm




Polis akan meneliti intipati laporan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujud komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi suruhanjaya itu serta Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya perlu mengkaji dahulu laporan itu sebelum apa jua tindakan diambil pihak polis.

“Apa intipati laporan perlu dikaji dahulu dan kami (polis) akan respons (ambil tindakan) selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 16/2020 bersempena Tahun Baharu Cina di Persada PLUS di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis dibuat Pegawai Khas Undang-Undang kepada ketua pesuruhjaya SPRM, Sasha Lyna Abdul Latif di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini.

Semalam, Latheefa dalam kenyataannya berkata laporan polis itu dibuat bagi menghantar satu mesej jelas kepada dalang di sebalik komplot itu yang beliau tidak tergugat atau terancam dalam melaksanakan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Latheefa berkata beliau akan meneruskan tugasnya untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah walaupun berdepan pelbagai cabaran seperti  serangan peribadi dan ugutan terhadapnya.

Pada 8 Jan, SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.

Mengulas rakaman audio yang didedahkan SPRM, Mazlan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut berhubung kes itu.– BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production