Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa yang dilaporkan tiba di Singapura semalam selepas melarikan diri dari bantahan besar-besaran di Colombo, akhirnya menghantar surat peletakan jawatannya.
Surat peletakan jawatan itu dihantar melalui e-mel kepada Speaker Parlimen pada Khamis.
Speaker Parlimen memberitahu beliau akan menyelesaikan proses undang-undang dan mengumumkannya secara rasmi pada hari ini.
Speaker Parlimen itu juga akan mengadakan mesyuarat khas dengan pemimpin parti pada bagi merancang tindakan seterusnya.
Jawatan Presiden kini dipangku oleh Ranil Wickremesinghe iaitu Perdana Menteri negara itu.
Bantahan terhadap krisis ekonomi sejak beberapa bulan akhirnya meletup pada hujung minggu lalu apabila ribuan orang menyerbu bangunan kerajaan di Colombo kerana menyalahkan keluarga Rajapaksa dan sekutu mereka atas kadar inflasi teruk, kekurangan barangan keperluan asas, dan rasuah.
Baca juga: Malaysia tidak akan bankrap, paras hutang masih terkawal – Menteri Kewangan