‘Kongres khas’ kerjasama PKR-Pas akan dibincang dalam Majlis Presiden PH

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu menahu mengenai cadangan 'kongres khas' untuk membincangkan berkaitan kerjasama PKR dan Pas sebagaimana cadangan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

‘Kongres khas’ kerjasama PKR-Pas akan dibincang dalam Majlis Presiden PH

“Saya tidak tahu saya tidak boleh nak buat komen, saya tidak tahu apa yang dia (Rafizi) mahu.

“Nanti kita ada mesyuarat majlis presiden kita akan bincangkan apa yang berlaku sebenarnya,” ujarnya tanpa manu mengulas lanjut.

Beliau ditanya media  mengenai cadangan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli  semalam, agar diadakan satu kongres untuk membincangkan mengenai kerjasama PKR-Pas ekoran  daripada pertemuan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Azmin Ali dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Rafizi mencadangkan agar satu kongress khas diadakan di peringkat kebangsaan bagi memutuskan sama ada rundingan dengan Pas perlu diteruskan atau tidak.

Ini kerana Rafizi berpandangan bentuk kerjasama di antara PKR dengan Pas berpanjangan kerana ia satu keputusan yang memberi kesan kepada semua bukannya PKR semata-mata.

Secara rasionalnya, sebarang rundingan di antara PKR-Pas yang tidak melibatkan PH adalah satu usaha yang mustahil membuahkan hasil kerana PKR tidak boleh merundingkan bagi pihak Amanah dan Bersatu dalam keadaan sebahagian besar tuntutan Pas itu melibatkan Amanah, Bersatu dan DAP.

{loadposition myposition} Sebelum itu Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  hadir berucap di hadapan 500 hadirin dalam majlis anjuran Armada Bersatu di Gombak malam tadi, dalam program mengumpul dana “Fund Rising Dinner’  yang julung kali diadakan itu.

Ketika berucap beliau  turut berkata, pimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu mengorbankan kepentingan diri dan parti masing-masing sekiranya mahu mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

“Hari ini negara dibelenggu dengan masalah pemerintahan kleptokrasi yang menjadi keutamaan PH untuk merampas kuasa sedia ada daripada pemerintahan BN.

“Negara kita menghadapi masalah pemerintahan kleptokratik menjadi tugas kita merampas kuasa dariapda kleptokrat.

“Kita perlu berkorban dan bertolak ansur dengan rakan-rakan kita dengan sendirinya parti kita tidak mungkin menang dan tidak mungkin kalahkan BN berbanding gabungan mereka dalam parti komponan, kita cuma ada empat parti gabungan.

“Kita perlu bekerjasama dengan kesanggupan empat  parti ini mengorbankan kepentingan diri supaya kita dapat agihkan kuasa dengan adil dan saksama,” ujarnya.

Dalam program Armada diadakan itu, turut hadir Tun SIti Hasmah Mohd Ali, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah, dikalangan Pengerusi Negeri, Armada Negeri, dikalangan pimpinan pemuda Pakatan Harapan dan dermawan.

Program julung kali diadakan Armada ini berjaya mengumpul kutipan dana  sejumlah RM122,000  hasil daripada penjualan meja dan beberapa barangan koleksi peribadi 3M (Mahathir, Muhyiddin Mukhriz).