Kongres Rakyat untuk rakyat, usia Mahathir sudah 91 tahun, kata Tamrin

Kongres Rakyat untuk rakyat, usia Mahathir sudah 91 tahun, kata Tamrin

Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia yang bakal berlangsung petang ini adalah satu langkah penting untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kepincangan dan bukannya perjuangan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah pun menjangkau usia 91 tahun.

Tamrin Ghafar

Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia yang bakal berlangsung petang ini adalah satu langkah penting untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kepincangan dan bukannya perjuangan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah pun menjangkau usia 91 tahun.

Ahli politik veteran, Tamrin Tun Ghafar dalam satu kenyataan media semalam berkata, kongres yang berangsung dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang di Shah Alam Convention Center (SACC) itu adalah “perjuangan kita untuk rakyat”.

“(Ia) merupakan satu lagi langkah perjuangan rakyat untuk rakyat,” katanya.

Menurut bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu, kongres itu diadakan selepas Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang diumumkan Tun Dr Mahathir dimeterai pada Jumaat, 4 Mac lalu di Petaling Jaya.

“Mengapa ini semua dilakukan? Apakah ia untuk si dia yg sudah menjangkau umur 91 tahun? Atau tiba-tiba kita semua menolak seseorang itu ekoran mimpi kita yang sama,” soal beliau mempertikaikan kesangsian sesetengah pihak kepada Tun Dr Mahathir.

Menurut Tamrin, rakyat sebenarnya sudah bosan dengan para pemimpin yang secara “terang-terang merompak dan menipu rakyat”.

Rakyat ujarnya mula sedar bahawa selama ini mereka telah diperbodoh-bodohkan dengan tipu helah dan propaganda Umno/BN melalui media cetak dan eletronik.

Menurut Tamrin, risau dengan arus kesedaran rakyat termasuk di kalangan para penyokong Umno/BN, usaha dilakukan para pemimpin Umno/BN untuk mengugut mereka yang bakal hadir ke perhimpunan hari ini bagi diambil tindakan.

“Apakah tindakan kita itu khasnya ahli-ahli Umno seolah-olah kita telah terkeluar dari agama suci Islam? Malah menjauhkan diri daripada menyokong pemimpin yang zalim, yang merompak dan yang menipu rakyat, itu yang dituntut oleh Allah SWT.

Apakah salahnya kita berjuang untuk rakyat?” soal beliau.

TAGS