Kongsi gambar tak berniqab versi AI, ramai luah rindu nak lihat kecantikan Neelofa “rindunya, AI pun AI lah”

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Nor menuai perhatian peminat selepas memuat naik foto dirinya tidak berpurdah.

Menurut Neelofa, gambar itu adalah dirinya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI.

Walaupun gambar yang dikongsikan itu sekadar versi AI, namun perkongsian tersebut cukup membuatkan peminatnya teruja sekali gus melepaskan kerinduan untuk menatap senyuman selebriti itu.

“Say hi to NeelofAi. Saya dalam versi AI,” tulis Neelofa.

Difahamkan, foto tersebut dikongsikan kepada umum sebagai bahan promosi koleksi keluaran baharu jenama tudung miliknya.

Dalam ruangan komen, ramai peminat melahirkan rasa rindu untuk menatap wajah pengacara yang juga usahawan jelita itu.

“Rindunya nak tatap wajah Neelofa. Versi AI pun jadilah,” kata seorang pengikutnya.

“Rindu nak tengok senyuman Neelofa,” ujar seorang pengguna Instagram.

Untuk rekod, Neelofa mula mengenakan purdah sepenuhnya pada sekitar Oktober 2020.

Katanya, keputusan memakai niqab diambil selepas mendalami ilmu agama dan mengakui tindakan tersebut mampu membentuk keperibadiannya menjadi wanita Islam yang lebih baik

Baca juga: Bapa ‘pinjam’ nama buka perniagaan, anak rasa dikhianati lepas jatuh muflis di usia 23 tahun