Kongsi video peluk isteri pertama 3 jam sebelum kahwin lain, netizen persoal motif ‘influencer’

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak salah untuk berpoligami dalam Islam dengan syarat anda mampu, tapi perlukah muat naik video isteri pertama menangis beberapa jam sebelum anda bernikah lagi.

Tular seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai Abang Tesla yang membuat keputusan untuk berkahwin dua.

“Isteri yang sangat menjaga aib dan maruah suami. Nak berpoligami boleh, tapi jangan membelakangkan isteri,” ujar kapsyen video tersebut.

Dalam video itu, terlihat pempengaruh tersebut bersama isteri pertama saling berpelukan selepas solat subuh berjemaah, tiga jam sebelum majlis nikah bersama isteri kedua.

@abg.tesla

Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Pada masa sama Abang Tesla turut memaklumkan bahawa perkahwinan kedua ini telah diberi keizinan lebih awal dan bersyukur isteri pertama reda untuk berpoligami.

Rata-rata netizen terkedu apabila mengetahui hal tersebut apatah lagi melihat video yang dikongsikan.

“Kalau aku mmpu poligami aku tak akan poligami, sebab isteri sekarang yang memahami, dari susah hingga senang.

“Kalau betul tak membelakangkan isteri pertama, tak akan pernah ada yang kedua. Noktahhhh.

“Aku tak sekeras kau bang, tak sanggup lihat orang yang mula-mula ada dengan aku ketika jatuh, bangun, susah dan senang bersama sedih dalam pasrahnya.

“Arwah mak saya merana jiwa dia sampailah dia meninggal.. Dia kata dia reda tapi saya saksi bertapa sedih dia dimadukan,” antara komen netizen.

Tidak salah bermadu atau berpoligami tapi untuk apa memuat naik video isteri pertama dalam kesedihan demi ‘content’ di media sosial.

Baca juga: Buat syarat gila, Neymar minta lapan kereta termasuk Lamborghini, jet peribadi, rumah dan 8 permintaan tak masuk akal