Gara-gara mahu berkongsi pengalaman menyembelih kucing untuk dimasak sebab lapar lelaki ini terima padah apabila bakal dihukum penjara 9 bulan.
Dalam kejadian pada 11 September lalu, suspek yang berusia 26 tahun bertindak menyembelih kucing betina yang sedang bunting gara-gara kerana dia kelaparan
Lelaki di Bengkulu, Sumatera Indonesia membunuh dan memasak kucing peliharaannya kerana makanan yang tinggal di rumahnya semua sudah basi.
Memetik laporan Tribunnews, suspek mengaku kucing yang dimakannya itu adalah haiwan kesayangannya yang dibela sejak tiga tahun lalu.
“Saya terpaksa sebab lapar dan malam itu makanan yang tinggal sudah basi,” katanya memetik laporan portal tersebut.
Suspek turut mendakwa tindakan dia memuat naik rakaman penyembelihan kucing malang itu di laman sosialnya kerana mahu berkongsi pengalaman.
“Siapa tahu ada orang yang mengalami seperti saya dan sedang kelaparan,” kata suspek itu lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Bengkulu Utara, Andy Pramudya Wardana berkata, kejadian berlaku ketika kucing berwarna putih dengan tompok hitam dan coklat itu melompat ke arah pemiliknya yang sedang tidur.
“Suspek kemudian menangkap dan membawa kucing itu ke bilik air sebelum menyembelihnya.
“Malah, dia turut merakam aksi membunuh haiwan itu sebelum dimuat naik dalam Facebook dan Instagram sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat,” katanya.
Jelas Andy, suspek berdepan hukuman penjara sembilan bulan kerana melakukan kekerasan terhadap haiwan, dipetik Astro Awani.