Tak semua penyanyi ada range suara yang sama namun itu tidaklah menyebabkan seseorang itu kurang berbakat.
Jika dilihat range penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna juga dilihat unik pada zamannya hingga dia mengembangkan bakatnya di luar negara.
Buat pemenang tempat keempat program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Zazzleen mengakui lega pertandingan tersebut sudah berakhir.
Jelas penyanyi berusia 38 tahun itu, dia kerap menangis mengenangkan segala kecaman yang dilempar terhadapnya lapor Kosmo! Online.
“Kalau ternampak saya menangis sebenarnya saya gembira. Mana tidaknya, saya kena kecam teruk sepanjang program berlangsung.
“Tangisan tersebut ibarat rasa lega semuanya sudah selesai tetapi saya percaya ada benda-benda lain yang kena hadap selepas ini,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Dalam pada itu, Zazzleen mengakui kecaman melibatkan arwah bapanya yang juga seorang pelakon Allahyarham Datuk Zulkifli Zain amat mengguris hati.
“Paling terkesan apabila mereka kata saya bertahan sebab kabel yang kuat dan anak selebriti. Kalau orang lain baca boleh bunuh diri.
“Ada juga yang menghina arwah bapa saya. Memang sedih kalau orang sentuh fasal ibu bapa terutama yang sudah tiada.
“Setiap kali saya turun pentas, saya akan minta maaf kepada keluarga kalau saya memalukan mereka,” jelasnya.
Bapa juga: Aliff Syukri ditawar gaji ratusan ribu ringgit untuk jawatan CEO, siap dapat elaun khas RM15,000