Konon diajak untuk jumpa anak-anak di rumah, kerani dakwa dicium, diraba anggota polis

Oleh NASUHA RAHMAN

Kerani berusia 23 tahun yang diajak seorang lelaki ke rumah untuk berjumpa anak-anaknya mendakwa dicium dan diraba yang dipercayai anggota polis.

Lelaki yang dikenali melalui media sosial itu telah mengaku dirinya anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar ketika berada di sebuah bengkel pada jam kira-kira 10.30 malam sebelum diminta menaiki kereta ke rumah lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, berdasarkan laporan, wanita itu masuk ke dalam rumah lelaki berkenaan kira-kira 10 minit dan berasa tidak sedap hati sebelum meminta menghantarnya pulang.

“Secara tiba-tiba lelaki itu menghalang dan menarik wanita itu serta mencium mulut, meraba payu dara.

“Tujuan pengadu berjumpa lelaki itu di rumahnya kerana diajak untuk berjumpa anak-anak lelaki berkenaan,” katanya dipetik Harian Metro.

Konon diajak untuk jumpa anak-anak di rumah, kerani dakwa dicium, diraba anggota polis

Bagaimanapun wanita itu menghalang perbuatan lelaki berkenaan dan memberi amaran akan menjerit jika diteruskan, kemudian lelaki itu menghantarnya semula ke tempat kerja, katanya.

Beliau berkata mangsa membuat laporan polis kerana takut dan trauma di atas perbuatan lelaki itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pengadu adalah wanita masih belum berkahwin dan berkenalan dengan satu lelaki yang baru dikenali selama kira-kira seminggu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, ketika lawatan ke tempat kejadian bersama pegawai penyiasat mendapati rumah dalam keadaan gelap dan tiada penghuni dan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki pengadu bersama suspek tidak dapat dipastikan kerana pengadu tidak ingat.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan penyewa atau pemilik rumah berkenaan dan kenyataan pengadu menyatakan suspek adalah pegawai polis IPD Kampar masih dalam siasatan bagi memastikan kesahihan dakwaan itu,” katanya.

Baca juga: LCS: Jangan terpedaya naratif palsu BN, PH tidak buat apa-apa masa 22 bulan, ini buktinya

Baca juga: Bunuh wanita di ruang tamu, tabib dihadapkan ke mahkamah