‘Influencer’ mengaku dibayar untuk buat kandungan selepas dikecam warganet

Oleh KIM SYAZIE

Tular di Twitter mengenai wanita yang pernah tular kerana isu T20 berkongsi cara dapat shawarma percuma hanya kerana cantik.

Namun warganet rasa cringe (geli hati) melihat wanita itu beri pickup line kepada pelayan.

Seorang pengguna Twitter, @AddaRamdzi memaklumkan kalau rasa diri terlalu cantik, tidak bagi pickup line pun dapat makanan percuma.

Pretty privileged (keistimewaan orang cantik) ni dia tak perlu minta, orang tu akan bagi dengan senang hati.

“Contoh dah pesan makan tiba-tiba dia kata tak perlu bayar. Itu pretty privileged.

“Kalau menggeletis bagi pickup line bagai nampak macam miang. Benda RM12 pun nak minta free, dulu kata T20,” katanya.

Tambahnya lagi, jika betul cantik maka mereka pastinya sudah terbiasa dapat makanan percuma.

Baginya, mereka tak akan ada masa untuk buat video, tapi lihat gaya macam ini pertama kali dapat makanan percuma.

Pada masa sama, wanita itu memaklumkan dibayar oleh kedai tersebut untuk buat kandungan bagi promosi makanan tersebut.

Ramai lagi yang kelaparan di luar sana yang tidak mampu untuk membeli makanan, jadi fikirlah sebelum buat kandungan untuk sosial media.

Baca juga: Salah tanda jantina, lelaki pengsan lepas dikeliling pelajar perempuan masa peperiksaan