Konsep ‘Bangsa Johor’ Tun M diminta jangan campur tangan, titah Sultan Johor

Konsep ‘Bangsa Johor’ Tun M diminta jangan campur tangan, titah Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim almarhum Sultan Iskandar memberitahu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuat kenyataan liar mengenai konsep ‘Bangsa Johor’ lapor The Star hari ini.

Ini selepas Mahathir berkata dalam satu forum semalam bahawa semangat kebangsaan Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan memberi amaran ia boleh membawa keruntuhan persekutuan.

“Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau kacau sarang tebuan dan nasihat saya kepada beliau adalah untuk menutup mulutnya.

“Dia berkeliaran memecah belah rakyat, termasuk orang Melayu, semasa saya sedang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, termasuk orang Melayu,” Sultan Ibrahim dipetik.

Baginda menambah Mahathir tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai perpaduan kerana individu konfrontasi yang telah menyebabkan banyak perpecahan.

“Mahathir adalah punca kepada masalah sekarang di negara ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan di negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan telatah beliau,” katanya.

Baginda juga mengecam Mahathir kerana jahil mengenai sejarah di negeri ini.

Sultan Ibrahim berkata istilah ‘Bangsa Johor’ telah dicipta oleh moyangnya pada tahun 1920 untuk menyatukan semua kaum di negeri ini “untuk kerjasama, keharmonian dan kewujudan aman”.

“Tiada kaum atau individu telah dipinggirkan. Dia (moyang saya) telah terbukti betul.”

 

TAGS