Malaysia Dateline

Konsep Rahmatan Lil Alamin bertepatan di Sarawak, kata penganalisis

Dengan memiliki kepelbagaian budaya, kaum dan agama, konsep Rahmatan Lil Alamin sesungguhnya adalah amat sesuai dan bertepatan di Sarawak.

Penganalisis Politik Sarawak, Iswandy Morni berkata, konsep Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian di Pejabat Perdana Menteri di bawah profolio Agama amat bersesuaian memandangkan tiada terdapat agama rasmi seperti yang terkandung dalam perlembagaan negeri ini.

Iswandy Morni

Katanya, untuk konsep tersebut, ia sememangnya diperlukan oleh semua kaum, bangsa dan agama sekali gus membawa mesej universal kepada masyarakat sejagat.

“Untuk saya, konsep Rahmatan Lil Alamin sememangnya bertepatan untuk semua kaum, bangsa dan agama termasuk budaya kerana walaupun ia adakah konsep Islam tetapi membawa mesej universal kepada manusia di muka bumi ini.

“Konsep ini (Rahmatan Lil Alamin) atau ‘mercy to the universe’ telah menggunakan konsep ‘inclusiveness’ atau kebersamaan berbanding ‘exclusivity’ iaitu pengecualian.

“Justeru maksudnya di sini, kita hendaklah membuang stigma dan mengukuhkan dua perkara iaitu bahawa konsep pentadbiran Islam bukan sahaja hudud dan hukuman tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan yg sebenarnya memberi manfaat kepada umat manusia dan bukan sekadar umat islam.

“Manakala yang kedua Islam tidak hanya perlu dilihat dalam kerangka ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, tetapi melalui akhlak umum seperti membuat baik kepada ibu bapa, jiran, orang tua, penjagaan alam sekitar, sehingga kepada penjagaan sewaktu menyembelih binatang.

“Ia amat sesuai dengan masyarakat Sarawak kerana tiada satu pun agama di negeri ini yang diiktiraf sebagai rasmi. Justeru ia bertepatan untuk semua dan segenap lapisan masyarakat,” kata beliau yang juga merupakan pengamal undang-undang di negara ini.

Konsep Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Dr Mujahid antara lain memberi kesejahteraan kepada manusia melalui prinsip-prinsip Islam tanpa perlu manusia itu berasa dirinya dipaksa mengikut ajaran Islam atau terpaksa membuang agama, adat dan bangsanya.

Konsep Rahmatan Lil Alamanin (rahmat seluruh Alam) tidak menghadkan pejuangnya kepada batas parti politik, jamaah Islam atau pendakwah. Konsep ini menekankan bahawa Islah atau reform atau memperbaiki adalah tugas dan tanggungjawab semua masyarakat tanpa mengira agama, ras, keturunan atau latar belakang, selagi mana tidak bercanggah dengan prinsip Islam itu sendiri yang mana bersifat tetap dan bersifat ‘fleksible’.

Antara terasnya ialah
orang-orang bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka tanpa rasa takut dan gusar selain hormat menghormati sesama manusia adalah lebih utama dan lebih dituntut.

Selain itu, konsep.ini cuba memahami dan memahamkan manusia tentang budaya dan agama kaum/bangsa lain

Mengutamakan kesejahteraan umat manusia dari aspek kenegaraan dan peluang mereka mendapat perkara asas seperti perlindungan, rumah, makanan, pakaian, pendidikan dan lain-laiin.

Dengan kata lain, manusia itu dinilai pada amalannya, dan hakim sebenar ialah Allah S. W.T Manusia hanya boleh menyampaikan dan bukan penghukum.