Konsep ‘Rahmatan lil alamin’, Model Negara Islam akan dilestarikan, kata Menteri Agama

Konsep ‘Rahmatan lil alamin’, Model Negara Islam akan dilestarikan, kata Menteri Agama

Konsep Rahmatan Lil Alamin dan Model Islam Malaysia akan terus dilestarikan oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi meningkatkan nilai murni masyarakat, pentadbiran negara agar Malaysa menjadi model negara Islam dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Mentei Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, amat penting umat Islam kembali kepada ajaran yang ditinggalkan Nabi Muhammad saw dalam menjalani kehidupan dan bermasyarakat menerusi konsep ‘Rahmatan Lilalamin’ ini.

“Apa yang penting kita kena kembali kepada ajaran yang ditinggalkan Nabi.Ini kerana ramai yang melihat Islam secara literal dan liberal dan kita tidak boleh menerima pandangan sedemikian.

“Allah swt telah meletakkan ‘rahmatan lil alamin’ sebagai keutamaan. Apabila kita memahami apa yang ditinggalkan Rasulullah usaha kita mesti berdasarkan kepada konsep itu.

“Kita mesti bersandarkan kepada syariah dan ketauhidan kepada Allah maka diterjemahkan kepada umatnya dengan sifat murni, mendidik dan tidak menghukum semata-mata,” ujarnya.

Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa (duduk dua dari kanan) bersama penerima tokoh maal hijrah Peringkat Zon 2 Seksyen 11 Shah Alam malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika dijemput menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1440H Peringkat MPP Zon 2 di Seksyen 11 Shah Alam malam tadi.

Turut hadir Menteri Wilayah merangkap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Adun Kota Anggerik Muhamad Najwan Halimi, Pengerusi MPP Zon 2 Datuk Imran Khadir dan Pengerusi Madrasah Hidayah Seksyen 11, Nasir Khan.

Beliau turut berkata, ramai yang memutarbelitkan konsep rahmatan lilalamin ini sebagai satu ajaran sesat dan salah mentafsirkan konsep berkenaan.

“Saya minta jika nak berpolitik pun jika rasa dirinya alim sekalipun tolonglah jadikan konsep rahmatan lilamain ini sebagai teras.

“Rahmantan lilalamin ini bukan bermakna kita tidak perlu ikut undang-undang. Sedangkan seorang muslim itu mesti kena hormati undang-undang,” ujarnya.

Dr Mujahid yang juga Naib Presiden AMANAH berkata, kerajaan Pakatan Harapan hari ini mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengungguli kehebatan sebagai negara Islam dari sudut kenegaraan, pentadbiran, budaya dan masyarakatnya.

“Hari ini dunia melihat negara Islam itu perang dan bunuh membunuh. Tetapi di Malaysia kita ada peluang untuk mengubah persepsi itu dengan membaiki keadaan itu dari dalam dengan perancangan untuk menjadikan model Malaysia adalah model negara Islam terbaik.

“Orang Islam di Malaysia hanya 60 peratus tetapi hidup dalam kepelbagai kaum dan agama lain.

“Selama ini kita meletakkan Islam sebagai pembimbing dan berjaya memimpin kemajmukan dalam masyarakat di negara ini dengan baik. Kami (PH) berhasrat menyerlahkan kerangka ini dalam model Malaysia,” ujarnya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote