Malaysia Dateline

Konsortium HSL peroleh kontrak Sarawak Energy bernilai RM90.99 juta

Konsortium Hock Seng Lee Bhd (HSL), Larsen & Toubro Limited dan Larsen & Toubro (East Asia) Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM90.99 juta daripada Sarawak Energy Bhd bagi projek pencawang di Matang, Kuching, Sarawak.

HSL yang mempunyai 45 peratus saham di konsortium tersebut berkata, kontrak berkenaan meliputi kerja-kerja asas, cerucuk besi, infrastruktur sivil, bangunan dan kerja-kerja berkaitan mekanikal dan elektrik.

“Tempoh kontrak untuk menyiapkan dan mengoprasikan projek tersebut adalah 32 bulan bermula 7 Jan, 2019,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

— BERNAMA